Photo

Photo

Wednesday, 15 April 2015

Kepimpinan seseorang bukan dari egonya

Asalammualaikum..

Nama penuh saya Siti Fitriah bt. Zaharim. Nama panggilan saya ialah Fiffy. Ini adalah kali pertama saya membuka blog untuk kisah diri saya. Sebelum ini saya membuka blog untuk lirik lagu. Saya akan menceritakan apa yang berlaku pada pagi tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya.

Pada pagi tadi ada kursus kepimpinan dan saya sudah di lantik rasmi menjadi seorang timbalan ketua pengawas sekolah pada hari isnin. Jadi saya harus mengikuti aktiviti kursus kepimpinan itu. Pihak sekolah telah menjemput pihak PLKN untuk melatih kami menjadi seorang pemimpin yg berani, peka, bekerjasama dan seterusnya. Memang banyak aktiviti yang saya lalui nya. Semua best2. Tapi hanya satu aktiviti yang membuatkan team work saya gagal melepasi halangan tersebut. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi saya rasa sebak, risau, takut.. Saya nak cerita tetapi pada masa yang sama saya takut apa yang saya cerita ni mengaibkan orang. Takut seseorang terasa apa yang saya sampaikan. Tapi sampai sekarang, masih saya tak dapat lupakan yang cabaran terakhir tu, group saya tiada kerjasama sepasukan dengan tiada ketuanya.. Sebenarnya saya mahu memberi pendapat tetapi pendapat saya seperti di tiup angin.. Sedih pun sedih. Apa yang cikgu nasihatkan dan sampaikan memang saya takkan lupa. Betul cikgu cakap ego seseorang mematahkan sayap semangat team work. Apa yang cikgu cakap saya tak terasa pun, cuma saya rasa sebersalah je.. Saya minta maaf cikgu dan terima kasih cikgu.

No comments:

Post a Comment