Asalammualaikum..
Saya nak cerita macam mana saya jadi seorang pengawas. Saya pun tak sangka saya ni seorang pengawas. Sebelum saya menjadi seorang pengawas, saya seperti budak2 biasa masa sekolah rendah. Dan masa darjah 4 saya dengan kawan saya cakap dekat cikgu displin yang kami mahu menjadi pengawas. Tapi.. x dapat.. Sudah lama saya menanti dan menunggu jawapan daripada cikgu. Sampai saya dah darjah 6, punye lama saya tunggu. Tiada pun kata putus daripada cikgu. Sebab apa saya mahu menjadi seorang pengawas? Sebab masa tu saya fikir best dan seronok. Seronok2 jugak tapi bila result UPSR keluar, ha! Ambik 1A je. Nak sangat happy kan. Tapi masa darjah 6 saya dapat jawatan penolong ketua kelas. Disebabkan garang sangat, budak2 ni gelarkan saya SINGA. Saya rasa x lah garang sangat.
Dan masa di sekolah menengah. Seperti biasa form 1 kan baru masuk mesti x dapat jawatan apa2 kan. Masa saya kelas ke-4 saya di lantik menjadi seorang penolong kelas. X sampai seminggu, saya tukar kelas, saya dapat kelas ke-3 iaitu kelas muzik. Saya minat!! Saya tiada jawatan yang istimewa, saya hanya jawat jawatan bendahari kelas sahaja. Saya x sedih pun. Dan naik form 2, saya jadi seorang penolong ketua kelas.. Sebab penolong kelas saya dulu buat hal, so budak2 kelas saya nak saya jadi penolong. Sebab masa form 1, saya selalu tulis kehadiaran tapi penolong kelas saya dulu x buat apa2 pun. Dan seterusnya form 3, tiba2 saya dapat jawat jawatan menjadi seorang ketua kelas! Sebab ketua kelas saya masa form 2, dy merajuk dgn guru kelas. So, masa tu saya buat kerja sorang2 tanpa seorang ketua kelas sampai akhir tahun. Berat ke x berat beban saya pikul masa tu. Dan masa form 3 tu memang ketua kelas saya dulu tu pindah ke terngganu.. Dan alhamdulillah masa PMR dy dapat 6A. Saya? Saya ye, dapat 2A je. Sebab masa tu saya nak seronok2 lagi.. Padahal PMR boleh target 7A sebenarnya, bukan susah pun. Cuma perangai saya je x berubah, asyik nak happy je.
Pada masa form 4, saya mendapat surat yang menyatakan saya layak menjadi seorang pengawas. Sebab sebelum periksa PMR, saya kena interview dengan Cikgu Rosnah. Pasal pengawas tu lah. Yang guru kelas saya dah beritahu awal2 yang dy lantik saya jadi pengawas. Terkejut lah sape x terkejutkan. Senyap2 cikgu tulis nama saya jadi pengawas. And finally, masa form 5. Sebernarnya saya masih tak yakin, adakah saya ini layak menjadi seorang timbalan ketua pengawas?!
Layakkah saya?? Saya bukan anak kepada seorang guru yang senang untuk menjadi seorang pengawas. Sedangkan saya, hanyalah seorang biasa2 saje. Memang pada mulanya, saya jealous dengan anak cikgu masa tu form 2 dah dapat menjadi seorang pengawas. Sedangkan saya masih terkial2. Tapi sekarang, mungkin sebab saya suka menbantu cikgu dan menyelesaikan sesuatu kerja itu dengan cepat, tu yang saya dapat menjadi seorang timbalan ketua pengawas. Sebenarnya saya suka menjadi seorang pemimpin, tapi saya jadi takut sebab anak buah x menghormati saya sebagai ketua. Sedih, kelu, pilu saya pendamkan. Tapi apa2 pun saya akan berusaha menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan seorang pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat.. In Sha Allah!! Aminn..
No comments:
Post a Comment